RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : 4A5
Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu
Bilangan murid : /20
Tarikh : 22 / 1 / 2018
Masa : 11.30 am – 12.00 pm ( 30 minit )
Tajuk :Latar dalam cerpen Profesor Sufi.
Genre : Cerpen
Pendekatan : Struktural
Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Menyatakan definisi latar.
2. Menyatakan jenis latar.
Hasil Pembelajaran :
HPU :
6.0. Menghuraikan latar dalam karya prosa.
|
ARAS
|
HPK
6.1. Menerangkan definisi latar tempat, latar masa dan latar
masyarakat.
|
Aras 1 :
i. Menyatakan definisi latar.
ii. Menyatakan jenis latar.
|
Elemen Merentas Kokurikulum :
Ilmu : Ilmu mengenai agama dan sufi
Nilai : Amanah, jujur, tidak mementingkan diri, rajin dan bertanggungjawab
Kewarganegaraan : -
Peraturan Sosiobudaya : Golongan golongan intelektual dan golongan pelajar
Kemahiran Nilai Tambah :
i. Kemahiran Berfikir :
a. Kritis : Menjana idea
ii. Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal, Visual - Ruang
iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar : Mencatat Nota , Mendengar , Bertutur
iv. Pembelajaran strukturalisme
Sumber : Antologi Teks Kesusasteraan Melayu Moden Tingkatan 4 dan 5 “Kubentang Sehelai Peta” 2014, DBP : Kuala Lumpur.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membaca cerpen Profesor Sufi
Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, Lembaran kerja dan kad latar.
LANGKAH DAN MASA
|
ISI PENGAJARAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Guru melekatkan paparan gambar yang berkaitan dengan gambaran yang berkaitan dengan latar masa, latar tempat dan latar masyarakat di papan hitam dan mengutarakan beberapa soalan kepada murid-murid.
Contoh Soalan :
1. Apakah yang anda faham kad gambar di hadapan?
Jawapan jangkaan :
1. Gambar di hadapan menunjukkan gambar pemandangan di kawasan gunung yang menunjukkan latar tempat, gambar jam yang menunjukkan mengenai latar masa dan gambar orang-orang kampung yang menunjukkan latar masyarakat.
|
1. Guru menunjukkan paparan gambaran objek yang berkaitan dengan latar.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambaran grafik yang dilekatkan oleh guru di hadapan kelas.
3. Guru meminta murid meneka apa yang hendak diajarkan pada hari tersebut.
|
Bahan Bantu Mengajar
Kad gambar
Nilai :
Rajin
Amanah
Taat
Kaedah :
Penerangan
Teknik yang digunakan :
Soal Jawab
Kad gambar
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir kritis : Menjana Idea
Kecerdasan Pelbagai :
Visual – Ruang
Intrapersonal
|
Langkah 1
( 10 minit )
|
Definisi latar
Definisi latar:
ü Latar ialah keterangan mengenai waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa.
ü Misalnya di dalam cerpen Profesor Sufi, terdapat latar masyarakat, latar tempat dan latar masa.
|
1. Murid menerangkan definisi latar secara rawak.
2. Guru menjelaskan definisi latar dengan lebih terperinci dan dengan menggunakan teknik kata kunci ajaib di managuru memberikan kata kunci agar murid mudah mengingati definisi latar. Kata kunci ajaib tersebut ialah TEMAMA yang merujuk kepada tempat, masyarakat dan masa.
3. Murid mencatat maklumat dan isi penting menggunakan peta buih berdasarkan penerangan daripada guru.
5. Murid disoal oleh guru tentang definisi latar dengan menggunakan teknik soal jawab.
|
Bahan bantu Mengajar
Peta Buih
Nilai :
Bersemangat
Kasih sayang
Bertanggungjawab
Kaedah :
Kelas
Perbincangan
Teknik digunakan :
Soal Jawab
Peta buih
Kata kunci Ajaib
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kritis : Menjana Idea
Kemahiran berfikir kreatif : Membina peta Buih
Kecerdasan Pelbagai :
-Visual – Ruang
-Intrapersonal
|
Langkah 2
( 10 minit )
|
Jenis latar dalam cerpenProfesor Sufi.
Latar
1. Di dalam sesebuah karya, terdapat beberapa jenis Latar. Jenis-jenis latar tersebut ialah:
Ø . Latar tempat - tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita
Ø Latar masa - tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam cerita
Ø Latar masyarakat - keadaan masyarakat di tempat cerita berlaku. Gambaran ini termasuklah agama, kepercayaan dan pekerjaan masyarakat di situ.
|
1. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan .( 5 orang dalam 1 kumpulan )
2. Guru menggunakan semula teknik kata kunci ajaib iaitu TEMAMA bagi membolehkan murid mengingat definisi dan jenis latar dalam karya pada masa yang sama.
3.Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan masing – masing dalam masa yang ditentukan dan seorang wakil daripada setiap kumpulan diminta untuk menerangkan semula apa yang difahami tentang jenis latar.
4. Guru mengadakan sesi perbincangan, dan membetulkan kesilapan murid sekiranya ada kesalahan.
|
Bahan Bantu Mengajar
Buku Teks
Peta Buih
Nilai :
Bertanggungjawab
Semangat Patriotisme
Cintakan tanah air
Kaedah :
Kumpulan
Perbincangan
Teknik digunakan :
Bercerita
Kata kunci ajaib
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kritis : Menjana Idea
Kemahiran berfikir kreatif : Menjawab latihan di dalam kumpulan
: Melakonkan dialog yang diberi di dalam kad dialog mengikut intonasi yang sesuai.
Kecerdasan Pelbagai :
Intrapersonal
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan : Definisi dan jenis latar.
|
. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini secara keseluruhannya.
2. Murid memberikan tumpuan terhadap rumusan yang diberikan oleh guru.
3. Guru menegaskan tentang isi pelajaran yang diajar pada hari ini iaitu mengenai definisi latar dan jenis latar.
4. Murid bersoal jawab dengan guru tentang latar yang tidak difahami.
6. Guru menyediakan lembaran kerja kepada murid.
|
Kaedah :
Kelas
Perbincangan
Penerangan
Teknik digunakan :
Soal Jawab
Kemahiran Nilai Tambah :
Kemahiran berfikir secara kritis : Menjana Idea
Kemahiran Belajar Cara Belajar :
- Mencatat Nota
- Mendengar
- Bertutur
Kecerdasan Pelbagai
Intrapersonal
|
Lembaran kerja dapat dilihat pada pautan yang berikut -> lLembaran Kerja Pengajaran Makro I
No comments:
Post a Comment