Jumlah pelawat yang singgah ke blog saya

Thursday, 31 May 2018

Penilaian bagi Pengajaran Makro 1 - Penilai Kedua



Bahagian A: Persediaan 25%.

Objektif   
     
-Objektif perlu diperhalusi mengikut apa yang diperkatakan oleh Dr. Nordiana di dalam kelas. Namun, dari aspek kesesuaian objektif, ianya cukup baik dan terperinci.

Perancangan         

-Isi kandungan yang disampaikan dan objektif pembelajaran kepada murid adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran.
-Murid memaparkan minat untuk belajar.

Strategi / Kaedah

-Guru menggunakan strategi atau kaedah yang bersesuaian terhadap pembelajaran yang diajarkan iaitu teknik kata kunci ajaib dan juga teknik peta minda.
-Penggunaan strategi yang berpusatkan kepada guru, murid, aktiviti dan juga bahan telah digabungkan untuk memberi pengajaran yang berkesan kepada murid.

Kemahiran Berfikir / kemahiran berbahasa / nilai

-Guru memberikan rangsangan kepada murid untuk berfikir, guru juga turut memberikan sokongan kepada murid untuk berfikir.
-Guru memberi arahan dengan jelas serta murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru.
-Guru menggunakan kemahiran berbahasa ibunda dan mudah untuk murid memahami arahan yang diberi.

BAHAGIAN B :  Perkembangan 60 %

Permulaan Pengajaran

-Guru telah membuat kesediaan kepada pelajar semasa hendak memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
-Guru menyelitkan unsur kecindan dan unsur humor untuk menarik perhatian murid.
-Murid memberi perhatian terhadap permulaan pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Perkembangan Pengajaran

-Guru telah memberi penerangan dengan baik terhadap definisi dan jenis yang diajar kepada murid.
-Guru memberikan peneguhan positif apabila murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul dan memberikan kerjasama dengan baik semasa aktivti sedang berlangsung.

Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tingi

-Guru telah bertanya kepada pelajar berdasarkan jenis latar yang diketahui dan ini telah menyumbang kepada kemahiran berfikir aras tinggi pelajar ( KBAT).

Pengurusan Bilik Darjah

 -Guru bijak mengelola dan mengurus bahan yang digunakan
-Guru mampu memberikan keseronokan dan kecindan di dalam kelas.

Komunikasi / Pertuturan

-Guru telah berjaya mewujudkan komunikasi dua hala iaitu antara guru dan pelajar serta pelajar dan guru.
-Suara guru amat jelas dan tegas.

Pencapaian objektif

-Objektif pengajaran dan pembelajaran guru berjaya di capai, guru dapat melaksanakan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup dengan baik.

Pentaksiran

-Guru telah menjalankan pentaksiran dengan baik, pentaksiran telah wujud dari aktiviti berkumpulan, soal jawab dan lembaran kerja yang diedarkan.
-Guru telah mendekati murid untuk memastikan murid melaksanakan aktiviti yang diberi dan membimbing murid sepanjang aktiviti berkumpulan di laksanakan. 

Penguasaan Isi Pelajaran

-Guru amat menguasai aspek latar dengan baik.

Penyertaan Murid
-Semua murid telah melibatkan diri dengan aktif semasa aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan oleh guru.
-Guru turut memberi tumpuan kepada pelajar yang pasif di dalam setiap kelompok mereka.

Penggunaan Alat Bantu Mengajar.

-Guru amat cekap dan kreatif dalam penggunaan dan penghasilan alat bantu mengajar.
-Alat bantu mengajar agak kecil dan mungkin boleh dibuat penambahbaikan pada masa mendatang.
-Guru tidak menggunakan sebarang unsur-unsur yang berkaitan dengan Ict.

Penutup pengajaran

-Guru memberi penutup pengajaran dan memberi peneguhan dengan baik terhadap rumusan yang berkaitan yang dipelajari.
-Guru meminta pelajar bertindak memberi rumusan pembelajaran pada hari ini.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

-Guru telah memberikan refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.

BAHAGIAN C: Sikap dan Sahsiah (10%)

Penampilan diri dan ciri-ciri profesional

-Guru telah mempamirkan penampilan diri yang sangat kemas seperti pemakaian.
-Guru menyelitkan unsur humor dan kecindan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
-Guru menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dan berdedikasi untuk memberi tahap kefahaman yang tinggi kepada murid.
-Guru bijak mengawal semua tingkah laku murid.






No comments:

Post a Comment