Jumlah pelawat yang singgah ke blog saya

Thursday, 31 May 2018

Refleksi Pengajaran Makro 1


Refleksi Makro 1


Tarikh

12 April 2018
Kelas

4A5
Mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu
Alat bantu mengajar (ABM)/ Bahan sumber yang digunakan

Kad Latar
Kad Akronim
Buku teks Antologi Kubentang Sehelai Peta
Pen Marker
Gambar-gambar latar

Strategi pengajaran yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Strategi berpusatkan guru

     Guru menerapkan strategi pengajaran berpusatkan guru ketika guru perlu memberikan  penerangan kepada murid-murid tentang definisi dan jenis latar.

Strategi berpusatkan murid

          Strategi berpusatkan murid digunakan oleh guru bagi memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.

          Guru menggunakan kaedah berkumpulan dan menerapkan teknik perbincangan dan pembentangan bagi membolehkan murid-murid mengemukakan idea dengan kritis dan kreatif.

Adakah hasil pembelajaran saya tercapai?

Hasil pembelajaran tercapai kerana murid-murid dapat menguasai definisi dan jenis latar dengan baik.

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif di dalam bilik darjah? Jika ya / tidak, nyatakan bagaimana saya tahu :

Ya, murid-murid saya melibatkan diri dengan aktif di dalam bilik darjah waima pada mulanya mereka kelihatan pasif dan hanya static mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana aktiviti berkumpulan yang diarahkan oleh guru membuatkan mereka berasa seronok dan lebih berminat untuk belajar dan terlibat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.

Apakah bantuan tambahan, sokongan atau sumber –sumber lain yang dapat membantu mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Bantuan tambahan atau sumber lain yang boleh membantu mempertingkatkan pelajaran ini ialah dengan menggunakan ICT. Hal ini kerana pada hari tersebut di mana guru mengajar tentang latar, guru tidak berpeluang menggunakan ICT kerana kekurangan kemudahan itu di sekolah.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar topik ini lagi pada kumpulan murid yang sama, apakah saya akan membuat cara yang berbeza?

Ya, saya akan membuat cara yang berbeza. Saya akan menggunakan ICT dan teknik permainan bagi memudahkan murid-murid untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru mengenai definisi dan jenis latar.

Apakah teori pembelajaran yang telah saya praktikkan di dalam kelas saya?

Teori pembelajaran kognitif


No comments:

Post a Comment