Jumlah pelawat yang singgah ke blog saya

Thursday, 31 May 2018

Refleksi Pengajaran Makro III


Refleksi Makro 3


Tarikh

24 Mei  2018
Kelas

4A1
Mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu
Alat bantu mengajar (ABM)/ Bahan sumber yang digunakan

Slaid powerpoint, video dari laman youtube, kad silang kata, papan putih, pen marker, lembaran kerja dan buku teks.

Strategi pengajaran yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Strategi berpusatkan guru

           Guru menerapkan strategi pengajaran berpusatkan guru ketika guru perlu memberikan  penerangan kepada murid-murid tentang definisi nilai dan nilai dalam cerpen Air Mata Dalang.

Strategi berpusatkan murid

           Strategi berpusatkan murid digunakan oleh guru bagi memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.

           Guru menggunakan kaedah berkumpulan dan menerapkan teknik perbincangan dan teknik soal jawab bagi membolehkan murid fokus di dalam bilik darjah.

Strategi berpusatkan bahan

          Guru turut menerapkan beberapa bahan pengajaran dan memusatkan perhatian murid kepada bahan-bahan tersebut seperti video yang ditayangkan, kad silang kata dan juga slaid powerpoint.

Adakah hasil pembelajaran saya tercapai?

Hasil pembelajaran tercapai kerana murid-murid dapat menguasai definisi nilai dan dapat menjelaskan nilai-nilai dalam cerpen Air Mata Dalang dengan baik.

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif di dalam bilik darjah? Jika ya / tidak, nyatakan bagaimana saya tahu :

Ya, murid-murid saya melibatkan diri dengan aktif di dalam bilik darjah waima pada mulanya mereka kelihatan pasif dan hanya static mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana aktiviti berkumpulan yang diberikan oleh guru misalnya terlibat dalam aktiviti susun silang kata dan juga melihat tayangan video lagu yang memaparkan nilai-nilai murni.

Apakah bantuan tambahan, sokongan atau sumber –sumber lain yang dapat membantu mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Bantuan tambahan atau sumber lain yang boleh membantu mempertingkatkan pelajaran ialah kemungkinan guru boleh mengaplikasikan penggunaaan laman web kahoot atau Quizziz bagi menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengenai topik nilai di dalam kelas lebih menarik.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar topik ini lagi pada kumpulan murid yang sama, apakah saya akan membuat cara yang berbeza?

Ya, saya akan membuat cara yang berbeza. Saya akan menggunakan pendekatan mengalami menghayati bagi membolehkan murid-murid melakonkan dialog yang mengandungi nilai-nilai murni agar mereka lebih mudah memahami apa yang diajarkan oleh guru.

Apakah teori pembelajaran yang telah saya praktikkan di dalam kelas saya?

Teori pembelajaran kognitif



No comments:

Post a Comment