Refleksi Pengajaran Makro 2
|
Tarikh
|
12 April 2018
|
|
Kelas
|
4A5
|
|
Mata pelajaran
|
Kesusasteraan Melayu
|
|
Alat bantu mengajar (ABM)/
Bahan sumber yang digunakan
|
Buku teks Antologi Kubentang Sehelai Peta
Pen Marker
Kad latar
|
|
Strategi pengajaran yang
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
|
Strategi berpusatkan guru
Guru menerapkan strategi
pengajaran berpusatkan guru ketika guru perlu memberikan penerangan kepada murid-murid tentang latar
yang terdapat dalam cerpen Profesor
Sufi.
Strategi berpusatkan murid
Strategi berpusatkan murid
digunakan oleh guru bagi memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.
Guru menggunakan kaedah
berkumpulan dan menerapkan teknik perbincangan serta meminta wakil daripada setiap
kumpulan untuk tampil ke hadapan bagi menyusun kad latar. Dengan aktiviti
seperti ini, murid-murid akan menjadi lebih berminat.
|
|
Adakah hasil pembelajaran saya
tercapai?
|
Hasil pembelajaran tercapai kerana
murid-murid dapat menguasai latar dalam cerpen Profesor Sufi dengan baik.
|
|
Adakah murid saya melibatkan
diri secara produktif/ aktif di dalam bilik darjah? Jika ya / tidak, nyatakan
bagaimana saya tahu :
|
Ya, murid-murid saya melibatkan
diri dengan aktif di dalam bilik darjah. Hal ini adalah kerana aktiviti
berkumpulan yang diarahkan oleh guru membuatkan mereka berasa seronok dan
lebih berminat untuk belajar dan terlibat aktif dalam aktiviti yang
dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.
|
|
Apakah bantuan tambahan,
sokongan atau sumber –sumber lain yang dapat membantu mempertingkatkan
pelajaran ini lagi?
|
Bantuan tambahan atau sumber
lain yang boleh membantu mempertingkatkan pelajaran ini ialah dengan
menggunakan ICT dan tayangan video yang menggambarkan latar dalam cerpen Profesor Sufi. Hal ini kerana pada
hari tersebut di mana guru mengajar tentang latar, guru tidak berpeluang
menggunakan ICT kerana kekurangan kemudahan itu di sekolah.
|
|
Jika saya mempunyai peluang
untuk mengajar topik ini lagi pada kumpulan murid yang sama, apakah saya akan
membuat cara yang berbeza?
|
Ya, saya akan membuat cara yang
berbeza. Saya akan menggunakan ICT dan teknik permainan bagi memudahkan
murid-murid untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru mengenai definisi
dan jenis latar.
|
|
Apakah teori pembelajaran yang
telah saya praktikkan di dalam kelas saya?
|
Teori pembelajaran kognitif
|
No comments:
Post a Comment