Jumlah pelawat yang singgah ke blog saya

Thursday, 31 May 2018

Gambar lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid semasa Pengajaran Makro I

Gambar di bawah merupakan gambar yang diambil daripada hasil lembaran kerja mengenai latar di dalam cerpen Profesor Sufi yang telah dijawab oleh murid-murid di dalam kelas 4A5. Tiga orang murid telah dipilih untuk menjadi responden dalam menjalankan kajian tindakan memandangkan ketiga-tiga orang murid ini pada awalnya tidak berjaya memahami latar dengan baik dan kelihatan keliru mengenai apa yang diajar di dalam kelas. Ketiga-tiga murid ini berbangsa Melayu, Cina dan India. 

Murid pertama : Muhd Aris bin Mohd Syazwan Yang

Murid kedua : Tashini Subramaniam 

Murid ketiga : Chong Bing Hang 

Lembaran Kerja Pengajaran Makro III

Lembaran Kerja :Nilai dalam cerpen Air Mata Dalang

1. Nyatakan definisi nilai.
_________________________________________

2. Berikan lima contoh nilai dalam cerpen Air Mata Dalang.

3. Nyatakan satu contoh nilai dalam cerpen Air Mata Dalang berserta dengan contoh
    
     peristiwa di dalam cerpen tersebut.
__________________________________________

4. Berikan satu nilai dan contohnya sekali yang terdapat dalam kehidupan 

    seharian kita
________________________________________________

Lembaran Kerja Pengajaran Makro I dan II

Lembaran Kerja : Latar di dalam cerpen  Prof Sufi

1. Apakah definisi latar?
______________________________________________________________

2. Nyatakan definisi latar yang berikut:
a) Latar tempat:
b) Latar Masa  :
c) Latar Masyarakat :

3. Nyatakan  latar yang  terdapat di dalam cerpen Prof Sufi berserta contoh yang sesuai.

a) Latar tempat
______________________________________________

b) Latar masyarakat
______________________________________________

c) Latar masa
______________________________________________

Kajian Tindakan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Berikut ialah laporan kajian tindakan yang telah dimuat naik di dalam laman web google drive. Untuk melihat laporan kajian tindakan yang berikut, sila klik pada pautan di bawah. Semoga bermanfaat.

Refleksi Pengajaran Makro III

Refleksi Makro 3

Tarikh

24 Mei  2018
Kelas

4A1
Mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu
Alat bantu mengajar (ABM)/ Bahan sumber yang digunakan

Slaid powerpoint, video dari laman youtube, kad silang kata, papan putih, pen marker, lembaran kerja dan buku teks.

Strategi pengajaran yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Strategi berpusatkan guru

           Guru menerapkan strategi pengajaran berpusatkan guru ketika guru perlu memberikan  penerangan kepada murid-murid tentang definisi nilai dan nilai dalam cerpen Air Mata Dalang.

Strategi berpusatkan murid

           Strategi berpusatkan murid digunakan oleh guru bagi memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.

           Guru menggunakan kaedah berkumpulan dan menerapkan teknik perbincangan dan teknik soal jawab bagi membolehkan murid fokus di dalam bilik darjah.

Strategi berpusatkan bahan

          Guru turut menerapkan beberapa bahan pengajaran dan memusatkan perhatian murid kepada bahan-bahan tersebut seperti video yang ditayangkan, kad silang kata dan juga slaid powerpoint.

Adakah hasil pembelajaran saya tercapai?

Hasil pembelajaran tercapai kerana murid-murid dapat menguasai definisi nilai dan dapat menjelaskan nilai-nilai dalam cerpen Air Mata Dalang dengan baik.

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif di dalam bilik darjah? Jika ya / tidak, nyatakan bagaimana saya tahu :

Ya, murid-murid saya melibatkan diri dengan aktif di dalam bilik darjah waima pada mulanya mereka kelihatan pasif dan hanya static mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana aktiviti berkumpulan yang diberikan oleh guru misalnya terlibat dalam aktiviti susun silang kata dan juga melihat tayangan video lagu yang memaparkan nilai-nilai murni.

Apakah bantuan tambahan, sokongan atau sumber –sumber lain yang dapat membantu mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Bantuan tambahan atau sumber lain yang boleh membantu mempertingkatkan pelajaran ialah kemungkinan guru boleh mengaplikasikan penggunaaan laman web kahoot atau Quizziz bagi menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengenai topik nilai di dalam kelas lebih menarik.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar topik ini lagi pada kumpulan murid yang sama, apakah saya akan membuat cara yang berbeza?

Ya, saya akan membuat cara yang berbeza. Saya akan menggunakan pendekatan mengalami menghayati bagi membolehkan murid-murid melakonkan dialog yang mengandungi nilai-nilai murni agar mereka lebih mudah memahami apa yang diajarkan oleh guru.

Apakah teori pembelajaran yang telah saya praktikkan di dalam kelas saya?

Teori pembelajaran kognitif

Refleksi Pengajaran Makro II

Refleksi Pengajaran Makro 2

Tarikh

12 April 2018
Kelas

4A5
Mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu
Alat bantu mengajar (ABM)/ Bahan sumber yang digunakan

Buku teks Antologi Kubentang Sehelai Peta
Pen Marker
Kad latar

Strategi pengajaran yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Strategi berpusatkan guru

           Guru menerapkan strategi pengajaran berpusatkan guru ketika guru perlu memberikan  penerangan kepada murid-murid tentang latar yang terdapat dalam cerpen Profesor Sufi.
          
Strategi berpusatkan murid

          Strategi berpusatkan murid digunakan oleh guru bagi memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.

          Guru menggunakan kaedah berkumpulan dan menerapkan teknik perbincangan  serta meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk tampil ke hadapan bagi menyusun kad latar. Dengan aktiviti seperti ini, murid-murid akan menjadi lebih berminat.

Adakah hasil pembelajaran saya tercapai?

Hasil pembelajaran tercapai kerana murid-murid dapat menguasai latar dalam cerpen Profesor Sufi dengan baik.

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif di dalam bilik darjah? Jika ya / tidak, nyatakan bagaimana saya tahu :

Ya, murid-murid saya melibatkan diri dengan aktif di dalam bilik darjah. Hal ini adalah kerana aktiviti berkumpulan yang diarahkan oleh guru membuatkan mereka berasa seronok dan lebih berminat untuk belajar dan terlibat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.

Apakah bantuan tambahan, sokongan atau sumber –sumber lain yang dapat membantu mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Bantuan tambahan atau sumber lain yang boleh membantu mempertingkatkan pelajaran ini ialah dengan menggunakan ICT dan tayangan video yang menggambarkan latar dalam cerpen Profesor Sufi. Hal ini kerana pada hari tersebut di mana guru mengajar tentang latar, guru tidak berpeluang menggunakan ICT kerana kekurangan kemudahan itu di sekolah.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar topik ini lagi pada kumpulan murid yang sama, apakah saya akan membuat cara yang berbeza?

Ya, saya akan membuat cara yang berbeza. Saya akan menggunakan ICT dan teknik permainan bagi memudahkan murid-murid untuk lebih memahami apa yang diajarkan oleh guru mengenai definisi dan jenis latar.

Apakah teori pembelajaran yang telah saya praktikkan di dalam kelas saya?

Teori pembelajaran kognitif

Refleksi Pengajaran Makro 1

Refleksi Makro 1

Tarikh

12 April 2018
Kelas

4A5
Mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu
Alat bantu mengajar (ABM)/ Bahan sumber yang digunakan

Kad Latar
Kad Akronim
Buku teks Antologi Kubentang Sehelai Peta
Pen Marker
Gambar-gambar latar

Strategi pengajaran yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Strategi berpusatkan guru

     Guru menerapkan strategi pengajaran berpusatkan guru ketika guru perlu memberikan  penerangan kepada murid-murid tentang definisi dan jenis latar.

Strategi berpusatkan murid

          Strategi berpusatkan murid digunakan oleh guru bagi memastikan murid-murid terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam bilik darjah.

          Guru menggunakan kaedah berkumpulan dan menerapkan teknik perbincangan dan pembentangan bagi membolehkan murid-murid mengemukakan idea dengan kritis dan kreatif.

Adakah hasil pembelajaran saya tercapai?

Hasil pembelajaran tercapai kerana murid-murid dapat menguasai definisi dan jenis latar dengan baik.

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/ aktif di dalam bilik darjah? Jika ya / tidak, nyatakan bagaimana saya tahu :

Ya, murid-murid saya melibatkan diri dengan aktif di dalam bilik darjah waima pada mulanya mereka kelihatan pasif dan hanya static mendiamkan diri. Hal ini adalah kerana aktiviti berkumpulan yang diarahkan oleh guru membuatkan mereka berasa seronok dan lebih berminat untuk belajar dan terlibat aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah.

Apakah bantuan tambahan, sokongan atau sumber –sumber lain yang dapat membantu mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Bantuan tambahan atau sumber lain yang boleh membantu mempertingkatkan pelajaran ini ialah dengan menggunakan ICT. Hal ini kerana pada hari tersebut di mana guru mengajar tentang latar, guru tidak berpeluang menggunakan ICT kerana kekurangan kemudahan itu di sekolah.