Bahagian
A: Persediaan 25%.
Objektif
-Objektif perlu
diperhalusi mengikut apa yang diperkatakan oleh Dr. Nordiana di dalam kelas.
Namun, dari aspek kesesuaian objektif, ianya cukup baik dan terperinci.
Perancangan
-Isi kandungan yang disampaikan dan
objektif pembelajaran kepada murid adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran.
-Murid memaparkan minat untuk
belajar.
Strategi
/ Kaedah
-Guru menggunakan strategi atau
kaedah yang bersesuaian terhadap pembelajaran yang diajarkan iaitu teknik kata
kunci ajaib dan juga teknik peta minda.
-Penggunaan strategi yang
berpusatkan kepada guru, murid, aktiviti dan juga bahan telah digabungkan untuk
memberi pengajaran yang berkesan kepada murid.
Kemahiran
Berfikir / kemahiran berbahasa / nilai
-Guru memberikan rangsangan kepada
murid untuk berfikir, guru juga turut memberikan sokongan kepada murid untuk
berfikir.
-Guru memberi arahan dengan jelas
serta murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru.
-Guru menggunakan kemahiran
berbahasa ibunda dan mudah untuk murid memahami arahan yang diberi.
BAHAGIAN
B : Perkembangan 60 %
Permulaan
Pengajaran
-Guru telah membuat kesediaan
kepada pelajar semasa hendak memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
-Guru menyelitkan unsur kecindan
dan unsur humor untuk menarik perhatian murid.
-Murid memberi perhatian terhadap
permulaan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Perkembangan
Pengajaran
-Guru
telah memberi penerangan dengan baik terhadap definisi dan jenis yang diajar
kepada murid.
-Guru memberikan peneguhan positif
apabila murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul dan memberikan
kerjasama dengan baik semasa aktivti sedang berlangsung.
Penggunaan
Kemahiran Berfikir Aras Tingi
-Guru telah bertanya kepada pelajar
berdasarkan jenis latar yang diketahui dan ini telah menyumbang kepada
kemahiran berfikir aras tinggi pelajar ( KBAT).
Pengurusan
Bilik Darjah
-Guru bijak mengelola dan mengurus bahan yang
digunakan
-Guru mampu memberikan keseronokan
dan kecindan di dalam kelas.
Komunikasi
/ Pertuturan
-Guru telah berjaya mewujudkan
komunikasi dua hala iaitu antara guru dan pelajar serta pelajar dan guru.
-Suara
guru amat jelas dan tegas.
Pencapaian
objektif
-Objektif
pengajaran dan pembelajaran guru berjaya di capai, guru dapat melaksanakan set
induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup dengan baik.
Pentaksiran
-Guru
telah menjalankan pentaksiran dengan baik, pentaksiran telah wujud dari
aktiviti berkumpulan, soal jawab dan lembaran kerja yang diedarkan.
-Guru telah mendekati murid untuk
memastikan murid melaksanakan aktiviti yang diberi dan membimbing murid
sepanjang aktiviti berkumpulan di laksanakan.
Penguasaan
Isi Pelajaran
-Guru amat menguasai aspek latar
dengan baik.
Penyertaan
Murid
-Semua murid telah melibatkan diri
dengan aktif semasa aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan oleh guru.
-Guru turut memberi tumpuan kepada
pelajar yang pasif di dalam setiap kelompok mereka.
Penggunaan
Alat Bantu Mengajar.
-Guru amat cekap dan kreatif dalam
penggunaan dan penghasilan alat bantu mengajar.
-Alat bantu mengajar agak kecil dan
mungkin boleh dibuat penambahbaikan pada masa mendatang.
-Guru tidak menggunakan sebarang
unsur-unsur yang berkaitan dengan Ict.
Penutup
pengajaran
-Guru memberi penutup pengajaran
dan memberi peneguhan dengan baik terhadap rumusan yang berkaitan yang
dipelajari.
-Guru meminta pelajar bertindak
memberi rumusan pembelajaran pada hari ini.
Refleksi
Pengajaran dan Pembelajaran
-Guru telah memberikan refleksi
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diberikan.
BAHAGIAN
C: Sikap dan Sahsiah (10%)
Penampilan
diri dan ciri-ciri profesional
-Guru telah mempamirkan penampilan
diri yang sangat kemas seperti pemakaian.
-Guru menyelitkan unsur humor dan
kecindan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
-Guru menunjukkan sikap yang
bertanggungjawab dan berdedikasi untuk memberi tahap kefahaman yang tinggi
kepada murid.
-Guru bijak mengawal semua tingkah
laku murid.